Tuesday, February 2, 2010

~Perginya Seorang Sahabat~


** Arwah bersama keluarga **


Kehilangannya sgt dirasai oleh semua. Perginye xkembali..kembalinya die kepada penciptanya. Al-Fatihah untuk Arwah Adzha Ibrahim. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 mukmin yang beriman.. Arwah dianggap bukan sahaja sebagai sahabat malah abang yang selalu bersama kami..Arwah seorang yang sangat disenangi oleh semua..



Semoga K'fidah tabah dan cekal menempuh dugaan dariNya..Masih ada Hazim dan Hazmi untuk dijaga, amanat yang ditinggalkan Arwah.. Tak mampu menahan air mata setiap kali Hazim bertanyakan kemana ayahnya.. Masih kecil untuk mengerti apa yang berlaku. Suatu hari nanti dia akan faham dan bangga mempunyai ayah yang sangat baik seperti arwah..



Allah lebih menyayanginya. Redha dengan pemergiannya agar rohnya tenang di sana..Setiap yang hidup pasti akan mati, yang datang pasti akan pergi..Walau perit menerima hakikat yang die sudah tiada, tapi itulah kenyataannya..